Blog

The Story Behind Entrepreneurship,Assets, Finance,Liability and Debts

Apakah disebalik Keusahawanan, Kewangan,Aset,liabiliti dan Hutang

Kisah Di Sebalik Keusahawanan,
kewangan dan Hutang

 

 Kepakaran kami adalah membantu orang ramai melatih kakitangan dan usahawan bina perniagaan, bina ‘Team” untuk badan korporat dan membantu menguruskan hutang. Kami  menasihat, melatih dan juga perunding kepada masalah hutang anda dengan kaedah-  kaedah yang berkesan.

Welcome

We believe that you have found us because you are searching for the resources and tools to achieve greater success for yourself and the organization you are work for.

Whether you are  an employee, entrepreneur,  student, technical expert, working professional, or a parent, you will find us the most practical resources you will need to get the results you want in your organization or your life. Just click on one of the navigation lists to learn how you can achieve greater success, self development, nurture your child and empower your organization!

We established to assist the organization and individuals to improve themselves to achieve a greater heights . We provide their services through seminar, training, consultancy  and advisory services  specialized on Experiential Team- Building, ‘Street Smart’ Entrepreneurship,ISO 9001:2015 QMS, human capital development.

We seek to help our clients to build, enhance and develop their own future. Our own philosophy of providing the personal development goes beyond the job and employment and cover other segments on business and entrepreneurship, motivation, inspiration, personalities and many other interesting resources.

We believe regardless of our profession, there is a real and true talent waiting to be discovered. A talent that is somehow hidden within our own selves. Our aim is to drive and discover this giant inside you and show your true potential.

Kisah Encik Pandai dan En. Bijak

Sekiranya anda seorang peniaga atau bekerja sendiri, anda harusmenganggap perbelanjaan harian yang melibatkan perniagaan anda adalah perbelanjaan perniagaan. Mungkin anda akan bertanya,‘Kenapa? Apakah bezanya antara perbelanjaan individu denganperbelanjaan perniagaan?’

Dari sudut perbelanjaan, tidak banyak perbezaannya tetapidari segi pengurusan percukaian, ianya amat berbeza. Ini bukanbermakna kita tidak membayar cukai. Tidak membayar cukaimerupakan satu kesalahan dari segi undang-undang, tetapimerancang cukai bukannya suatu kesalahan.

Di negara kita pada masa ini, kadar cukai individual adalah lebih tinggi daripada kadar cukai syarikat iaitu 26 peratus daripada pendapatan individu apabila pendapatan anda mencapai tahap tertentu.

Encik Pandai dan Encik Bijak sama-sama mendapat pendapatan yang sama iaitu RM500 seorang pada tahun tersebut. Tetapi Encik Bijak mendapat pendapat bersih sebanyak RM440 jika dibandingkan dengan Encik Pandai iaitu RM427. Ini bermakna Encik Bijak mendapat pendapatan bersih sebanyak RM13 lebih daripada Encik Pandai.

Perbezaannya adalah Encik Pandai mendapat pendapatan dan terus membayar cukai berdasarkan cukai pendapatan individu. Manakala Encik Bijak berbelanja seperti yang dibenarkan dahulu baru membayar cukai mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Untuk mendapatkan lebih tulisan blog, sila layari  www.garainternational.com/blog

Perubahan kecil lahirkan impak kewangan yang besar

Anda telah memilih untuk melaburkan masa dan usaha dengan membaca blog ini merupakan satu tindkan dan perubahan. Ternyata dalam diri anda perjuangan untuk mencari dan mencipta ilmu itu tinggi nilainya kerana ilmu itu perlu didatangani dan didekati, bukannya ia yang mendatangi kita. 

Di hadapan anda ada satu laluan yang luas untuk mencipta kehidupan yang lebih cerah lagi bermakna.

Blog ini ditulis sebagai panduan sekurang-kurangnya untuk membantu orang yang memerlukan maklumat, ilmu dan pengetahuan bagi menguruskan kehidupan mereka pada tahap yang dapat diuruskan dengan baik dan tidaklah mendesak sangat sekiranya tidak dapat dihapuskan. Perubahan kecil terhadap sikap seseorang itu boleh menjadikan tahap kewangan mereka berubah menjadi baik atau sebaliknya. Jika kita tidak dapat menguruskan kewangan yang jumlahnya sedikit, bagaimana kita hendak menguruskan jumlah yang banyak suatu hari nanti? Hakikatnya, inilah yang berlaku kepada ramai di antara kita.

Salah satu sebab saya menulis blog ini adalah kerana saya tahu ramai orang di luar sana mempunyai hutang atau pinjaman. Namun demikin, hutang dianggap terlalu peribadi dan sensitif untuk dikongsikan dengan orang lain. Oleh yang demikian, saya ingin menyampaikan ilmu ini secara peribadi melalui buku ini dengan menggunakan bahasa yang paling mudah untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat walaupun terdapat beberapa terma yang agak teknikal. Saya juga membuat keputusan untuk menulis dalam Bahasa Malaysia atas dasar lebih ramai orang akan memahami isi kandungan blog ini terutamanya golongan bumiputera.  Penggunaan bahasa yang mudah diharap dapat memberikan pendidikan, ilmu dan kesedaran tanpa berselindung dengan kiasan supaya anda tidak mengalami apa yang pernah saya lalui suatu ketika dahulu.

Kita semua tahu bahawa sebahagian besar masyarakat berhutang dan tidak semua orang mampu untuk membeli secara tunai kerana sebilangan besar masyarakat adalah golongan pertengahan. Setidak-tidaknya anda ada pinjaman perumahan, sewa beli kereta, hutang kad kredit, pinjaman pendidikan tdan ada juga di antara kita yang mempunyai pinjaman peralatan rumah seperti televisyen dan sofa. Mungkin juga ramai yang membeli peralatan dapur, komputer, i-Pad dan telefon bimbit secara kredit semata-mata untuk memakai model terbaru. Malah, ada ramai yang sangggup berhutang untuk melangsungkan perkahwinan untuk bersama dengan orang yang tersayang. Bayangkanlah kebahagiaan rumah tangga dibiayai oleh pinjaman peribadi dan hutang untuk majlis perkahwinan. Hasrat untuk bahagia mungkin bertukar menjadi duka apabila hutang tidak dapat diuruskan dengan baik.

Saya amat terkejut apabila membaca satu laporan dalam akhbar tempatan bertarikh 24 julai 2010 yang mengatakan bahawa 10 juta pengguna kad kredit di negara ini mempunyai tunggakan sebanyak RM24.4 billion. Angka yang begitu besar dan jumlah tertunggak yang begitu banyak untuk negara. Ini menunjukkan tahap hutang yang agak serius terutamanya yang melibatkan isi rumah. Langkah dan kaedah harus dilakukan sebelum ianya menjadi lebih serius.

Bukan semua mempunyai tabiat seperti itu, tetapi ramai di antara anak muda kita sekarang mengejar gaya hidup yang serba canggih ini. Itulah sebahagian daripada rentetan kehidupan mahluk yang bernama manusia dan akhirnya mungkin terpaksa berdepan dengan hutang-piutang.

Apabila mereka menghadapi masalah hutang dan tidak tahu macam mana untuk menyelesaikannya majoriti akan merasa malu dan menganggap itu adalah masalah peribadi dan ramai juga yang menafikan bahawa mereka ada hutang. Ada segelintir eksekutif muda yang amat bergaya seolah-oleh memiliki segala-galanya. Tidak dinafikan ramai di antara mereka yang berpendapatan lumayan dan tinggi tetapi sebenarnya mereka menghadapi kehidupan yang amat sukar. Luarannya nampak seperti tiada masalah tetapi sebenarnya mereka menghadapi tekanan perasaan dan mental yang sangat memuncak dan menjadi pokai setiap bulan. Pokai walaupun bergaji yang besar!

Kita pernah dengar orang menjadi pemarah, emosi tertekan, suami isteri bergaduh, keluarga tak menentu dan setiap hujung bulan menjadi igauan. Duit gaji yang tinggi hanya tinggal beberapa hari sahaja dan terus lenyap dalam masa yang amat singkat. Keluarga merana sepanjang masa dan kegembiraan hujung bulan itu dinikmati hanya sekelip mata. Pendapatan yang masuk ke dalam akaun hilang dalam masa beberapa hari sahaja. Nikmat berkeluarga, rakan sekerja dan riuh ketawa hilang begitu sahaja.

Situasi di atas seolah-olah satu drama buatan manusia yang mengisahkan cerita fantasi yang direka oleh sutradara terkenal untuk tontonan setiap ahli keluarga di panggung wayang sebagai hiburan di hujung minggu. Namun demikian, situasi begini bukanlah wayang untuk tontonan ramai tetapi situasi sebenar yang berlaku kepada rakan taulan, jiran dan mungkin diri anda sendiri.

Saban hari kita mendengar kisah di mana ‘Abang Long’ menjadi pilihan untuk jalan penyelesaian namun mereka terus terjerumus ke jurang yang jauh lebih dalam cubaan untuk melepaskan diri daripada terus terjerumus ke lembah hutang-piutang. Bantuan ‘Abang Long’ bukan sahaja tidak dapat membantu tetapi menambahkan lagi luka di hati dengan memeras ugut, menyembur cat di rumah dan mencederakan mereka termasuk ahli keluarga yang tidak berdosa.

Saya menulis buku ini untuk berkongsi dengan orang yang memerlukan maklumat dan ilmu pengurusan hutang kerana saya sendiri pernah mengalami keadaan yang sedemikian rupa dan hampir-hampir disenarai hitam. Mungkin saya bernasib baik kerana belum terjerumus ke dalam jurang yang lebih dalam dan tidaklah sampai ke tahap yang tidak diingini. Ini menunjukkan betapa pentingnya tindakan kawalan dan kesedaran awal sebelum parah.

Jangan bimbang sekiranya anda belum ada ilmu itu atau anda telah melakukan kesilapan kerana ramai orang yang berjaya telah banyak melakukan kesilapan dan yang lebih penting, anda belajar daripada kesilapan tersebut bersama ilmu baru yang akan ditampilkan dalam buku ini. Harus diingatkan bahawa orang yang pandai tidak semestinya bijak dan mungkin kesilapan anda itu akan menjadi satu titik permulaan kebangkitan menuju ke arah jaya.

Malah seorang usahawan tayar terkenal iaitu Charles Goodyear pernah mengalami kegagalan dalam perniagaannya pada tahun 1834 sehingga dipenjarakan kerana hutang daripada kegagalan perniagaannya. Kawan-kawannya lari dan mengatakan bahawa beliau akan menjadi gila dengan eksperimen-eksperimen getahnya yang sering gagal. Sebahagian daripada ilmu dan strategi yang saya gunakan akan dikongsikan dalam bab-bab yang seterusnya.

Saya pernah ditentang oleh ahli keluarga sendiri termasuk bapa saya apabila saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pegawai dari sebuah institusi kewangan pada tahun 1997 ketika ekonomi Malaysia dilanda krisis. Ketika itu saya baru sahaja dinaikkan pangkat dan berjawatan tetap dengan gaji yang tidak kurang lamayannya. Keputusan saya untuk berhenti adalah semata-mata untuk mencari ilmu dan saya gunakan istilah ‘elmu’ yang diperturunkan daripada mentor saya.

Ketika itu bapa saya agak marah dan mengatakan saya berfalsafah apabila saya mengatakan bahawa ‘kadang kala untuk kita maju kehadapan dengan lebih pantas dan berkesan kita harus bergerak kebelakang dahulu.’ Seterusnya saya menerangkan analogi lompat jauh untuk mencapai jarak yang lebih jauh. Hidup ini bukanlah hanya maju ke hadapan, adakalanya kita terpaksa bergerak ke belakang untuk maju ke hadapan. Bagaimanakah kita hendak mengubah hidup kita sekiranya kita tidak sanggup mengubah cara pemikiran kita? Perkara ini telah banyak kali saya lalui dan perhatikan dalam proses latihan dan seminar yang saya kendalikan dalam subjek ‘Managing Change’ atau pengurusan perubahan dan juga program kemahiran belajar.

Pada suatu ketika saya telah disoal oleh seorang peserta dari agensi separa kerajaan yang berjawatan tinggi apabila saya menukar tempat duduk yang menghala ke belakang pentas pada sesi permulaan program Pengurusan Perubahan dan beliau sangat menghargainya di akhir program tersebut setelah beliau memahami realiti perubahan.

Oleh itu, asas kepada perubahan adalah perubahan pemikiran kita sendiri dan bukannya perubahan fizikal atau perubahan orang lain. Pemikiran itu tidak perlukan pemikiran di luar kotak fikiran kerana ianya ada dalam diri kita sendiri dan hanya memerlukan penerokaan dalam diri kita. Kita sering dengar bahawa seseorang ketua itu berkata kita harus berubah tetapi dia sendiri tidak pernah berubah. Kita juga berasa juak apabila mendengar ketua yang berkata, lakukan apa yang saya kata dan bukan apa yang saya buat.

Kesilapan dan kegagalan anda hari ini bukanlah suatu penentu kepada masa hadapan anda. Tidak ada manusia yang lahirnya sempurna tetapi yang lebih penting adalah jadikan kesilapan dan kegagalan hari ini sebagai titik permulaan ke arah kesempurnaan. Lakukan tindakan dan ketidaksempurnaan itu hinggalah sempurna.

 Kadangkala kita perlu melangkah ke belakang untuk bergerak ke hadapan dengan lebih pantas dan berkesan. Itulah prinsip hidup saya ketika itu.

Kredit dan Hutang

Anda telah memilih untuk melaburkan masa dan usaha membaca blog ini menunjukkan secara jelasnya didalam diri  anda  bahawa perjuangan mencari dan mencipta ilmu itu tinggi nilainya kerana ilmu itu perlu didatangani dan bukan mendatangani.

 Kepakaran kami adalah membantu orang ramai untuk membantu mereka sendiri dan menguruskan diri dan juga hutang mereka. Kami  menasihat, melatih dan juga perunding kepada masalah anda, pekerjaan anda,kemahiran dan juga hutang anda dengan kaedah-kaedah yang berkesan.

Kedudukan kewangan anda pada masa sekarang tidaklah begitu penting tetapi yang lebih penting adalah arah tuju posisi kewangan anda untuk membebaskan diri dari kekangan dan ikatan pinjaman dan hutang anda. Blog ini ditulis sebagai panduan sekurang-kurangnya bertujuan untuk membantu orang yang memerlukan maklumat dan pengetahuan bagi menguruskan hutang mereka pada tahap yang dapat di uruskan dengan baik dan tidaklah mendesak sangat sekiranya tidak dapat dihapuskan.

Satu daripada sebab saya menulis blog ini adalah kerana saya tahu ramai orang di luar sana mempunyai masalah, keinginan dan hutang atau pinjaman. Oleh yang demikian, saya menggunakan bahasa yang paling mudah dan boleh difahami oleh semua lapisan masyarakat walaupun terdapat beberapa terma-terma yang agak teknikal. Saya juga membuat keputusan untuk menulis dalam Bahasa Malaysia atas dasar ramai orang akan fahami terutamanya masyarakat Bumiputera.  Penggunaan bahasa yang secara berterus-terang diharap dapat memberikan pendidikan kesedaran tanpa berselindung dengan kiasan-kiasan supaya anda tidak menagalami apa yang pernah saya lalui dahulu.

Kita semua tahu bahawa sebahagian besar masyarakat berhutang dan tidak semua orang mampu untuk membeli secara tunai kerana sebilangan besar masyarakat dalam golongan pertengahan. Setidak-tidaknya anda ada pinjaman perumahan, sewa beli kereta, hutang kad kredit, pinjaman pendidikan temasuklah ada di antara kita yang ada pinjaman peralatan rumah seperti TV, sofa dan sebagainya. Mungkin juga ramai yang membeli peralatan dapur, komputer, membeli ipad dan sanggup membeli telefon bimbit secara kredit semata-mata untuk memakai model terbaru.Malah ada ramai yang sangggup berhutang untuk melangsungkan perkahwinan untuk bersama dengan orang yang tersayang. Bayangkanlah kebahagian rumah tangga dibiayai oleh pinjaman peribadi dan hutang majlis perkahwinan.

By EDWIN E GARA

Kuasa Tindakan Sebagai Wadah Perjuangan Usahawan

 
Peluang perniagaan itu ada dimana-mana sekiranya usahawan itu dapat mengenalpasti peluang yang ada untuk menyelesai dan membantu orang lain kerana perniagaan wujud sebagai penyelesaian kepada masalah orang lain.
Ramai orang tahu dan mempunyai pengetahuan, ilmu dan kemahiran terhadap sesuatu perkara yang boleh digunakan untuk membantu orang lain tetapi tidak melakukan sesuatu. Ilmu dan pengetahuan itu tidak berguna sekiranya tidak dimanfaatkan. Kita telah menghabiskan banyak masa, usaha dan wang untuk menimba ilmu tetapi ianya menjadi sia-sia sekiranya tidak diaplikasikan kepada keadaan yang sebenar.
 
Kadang-kadang kita Tengok tetapi Tidak Nampak sesuatu di hadapan kita itu sesuatu peluang yang amat bagus sebagai wadah perniagaan. Seseorang usahawan Nampak peluang yang ada dan terus bertindak kerana kuasa tindakan itu yang menjadikan mereka usahawan yang Berjaya. Ilmu yang sedikit itu akan mencipta impak yang amat besar apabila disusuli dengan kuasa tindakan dan terus Berjaya apabila sistem yang baik digunakan.
 
Oleh itu, bertindaklah sekarang sekiranya anda ingin Berjaya.Tindakan anda hari ini akan menentukan kejayaan anda pada masa hadapan. 

“Ilmu itu tidak akan berguna tanpa tindakan yang pantas dan applikasinya untuk mencapai sesuatu keinginan anda”

Keusahawanan Tanpa Modal Besar

 

Salam sejahtera kepada anda yang ada impian untuk menjadi usahawan.

Sekiranya anda masih tercari, sila teruskan pencarian anda.

 Selain daripada berniaga menggunakan barangan dan perkhidmatan yang kita sediakan diri sendiri, kita boleh bermula dengan menggunakan barangan orang lain. Mungkin ada yang bertanya apakah maksudnya? Berniaga dengan menggunakan perkhidmatan dan barangan orang lain bererti bahawa anda tidak perlu ada barangan sendiri. Contohnya anda menjadi agen hartanah, agen jualan kereta, agen insuran, jualan langsung dan sebagainya. Apa yang anda perlu adalah hanya memperkenalkan pelanggan kepada pemiliknya.

Contohnya salah seorang yang terkenal dan yang juga kaya iaitu pemilik Virgin Airlines, Richard Branson memulakan perniagaan beliau dengan menyelesaikan masalah penumpang yang terkandas di Virgin Island dengan tanpa modal langsung.

Jika anda seorang agen jualan kereta, anda tidak memerlukan apa-apa modal dan boleh berniaga serta merta dengan memperkenalkan bakal pelanggan kepada agen yang sedia ada dan apabila mereka membeli anda akan mendapat komisyen jualan daripada agen atau   kedai tersebut. Mudah dan senang kan?  Bayangkanlah sekiranya anda memperkenal satu hartanah yang bernilai RM500,000.00 dan mendapat komisyen 5% daripada transaksi tersebut. Ini bermakna anda akan mendapat komisyen sebanyak RM25,000.00. Jumlah itu mungkin lebih daripada cukup untuk menyelesaikan jumlah kad kredit yang masih tertunggak.   

 

Selain daripada itu pelbagai platform dapat digunakan secara dalam talian iaitu berniaga secara online. Sebagai contohnya anda boleh   menjadi Affiliate kepada perisian dan barangan yang dijual secara  online. Di antara perniagaan yang menyediakan affiliate adalah seperti pengedar buku terkenal didunia Amazon.com dan platform pembayaran seperti  clickbank dan banyak juga perniagaan tempatan terdapat seperti Exabytes yang menjualan domain dan webhosting.

 

Anda juga boleh menjadi affiliate kepada pelbagai barangan dan barangan digital seperti e-book, perisian komputer, sistem dan  sebagainya. Anda akan dibayar komisyen tertentu bergantung kepada nilai dan kadar yang telah ditetapkan. Tugas anda amatlah mudah iaitu hanya memperkenalkan barangan atau perisian kepada pelanggan.

Aset atau Liabiliti?

Orang ramai selalu terperangkap dan mempunyai tanggapan yang kurang jelas terhadap konsep aset dan liabiliti. Dalam bahasa yang  paling mudah, aset bermaksud wang masuk poket kita dan liabiliti   mengambil keluar duit tersebut iaitu liabiliti adalah tanggungan yang  perlu dibayar.  Setiap masa kita dimaklumkan bahawa apabila kita membeli kereta atau rumah walaupun secara kredit atau melalui pinjaman, kita dikatakan membeli aset.

Kita kerap kali mengatakan bahawa ini kereta saya atau rumah saya. Tidak dinafikan bahawa kereta atau rumah itu adalah aset, tetapi adakah ianya aset kita? Banyak kali kita  tidak dijelaskan dengan maklumat yang betul. Kepada pihak bank sememangnya itu adalah aset mereka tetapi bukan aset kita sehingga kita menjelaskan semua bayarannya.

 

Dari penjelasan di atas tadi, bahawa aset itu milik bank dan bukannya kita sehingga kita membayar habis. Untuk mengatasi perkara tersebut, kita sepatutnya ….

Be the Bank, not the banker.

 

Penjelasan mengenai aset dan liabiliti peribadi, saya memberikan beberapa perkara dan juga angka untuk menerangkan konsep tersebut     terhadap anda sebagai individu dalam lembaran Imbangan peribadi atau Personal Balance Sheet dalam bahasa inggerisnya.

 

Perangkap Hutang

Ramai di antara kita yang meminjam daripada institusi kewangan tanpa mengetahui hak kita sebagai pengguna dan kita akhirnya terperangkap dengan kebijaksanaan wakil  jualan dan tawaran tertentu. Kita terperangkap kerana kesilapan kita sendiri disebabkan kita sangat memerlukan pinjaman sehingga kita lupa bahawa kejahilan kita hari ini akan menyebabkan kesusahan kepada kita dalam jangka masa yang panjang dan kita terpaksa membayar harga yang amat mahal dari segi kadar faedah (interest rate) dan membazirkan masa. Berapa ramai kah kita yang membaca dan meneliti perjanjian pinjaman yang kita tandatangani? Apabila diberitahu bahawa pinjaman kita diluluskan, kebiasaannya peminjam akan melonjak gembira dan senyum hingga ke telinga. Kegirangan kita untuk mendapatkan pinjaman menjadikan kita lupa diri sehingga keadaan tersebut memerangkap kita sendiri. Saya mungkin silap tetapi saya menjangkakan lebih daripada 80% daripada kita tidak pernah membaca perjanjian yang telah disediakan oleh pakar undang-undang. Jangan menyalahkan orang lain tetapi kita sendiri dan ramai yang mengatakan bahawa saya tiada pilihan atau anda diberitahu oleh pegawai yang berkenaan bahawa ini adalah ‘standard agreement’.

 Ramai di antara kita, dan tidak terkecuali penulis sendiri yang pernah terperangkap dengan hutang disebabkan kita mengambil sikap tidak apa dan bukannya tidak mempunyai ilmu mengenai perkara tersebut.  Perangkap-perangkap ini akan dijelaskan dengan terperinci lagi selepas ini. Teruskan pengembaraan ilmu anda hingga ke destinasi seterusnya untuk artikel akan datang.

Kekayaan Palsu

  • Sikap dan nafsu manusia yang ingin menunjuk dan menampilkan imej bahawa merekalah orang yang berharta dan bergaya. Pepatah melayu mengatakan bahawa biar papa kedana asal bergaya menjadi magnet kepada masalah kedudukan kewangan mereka. Mereka yang tergolong dalam kelas ini adalah orang yang ingin menunjukkan kemewahan dengan kepalsuan. Mereka nampak mewah dan bergaya dengan kereta berjenama tetapi merekalah orang yang selalunya pokai atau (broke) sebelum hujung bulan.

hutang   Mereka adalah golongan pertengahan yang dikatakan ‘high income’ tetapi ‘low networth’. Mereka berlagak seperti orang kaya raya tetapi sebenarnya mereka adalah orang biasa sahaja. Mereka inilah yang bergelar “False Rich” atau dalam bahasa Melayunya orang kaya palsu dan hidup dengan penuh kepalsuan. Hidup mereka penuh dengan kereta mewah, kad kredit dan pakaian yang berjenama import dari Amerika tetapi akaun bank mereka sebenarnya umpama River bank  yang hanya tempat air pasang surut. Nampak kaya raya dan bergaya tetapi hutang lebih setengah 1 juta.  Pakaian akan menjadi cantik apabila dipakai oleh model yang cantik dan selebriti. Sebenarnya pakaian itu nampak cantik disebabkan oleh kecantikan model tersebut dan bukannya pakaian itu

Perniagaan Mudah dan Murah Dengan Teknologi Depan Mata

Salam Sejahtera kepada bakal usahawan dan jika anda masih mencari idea dan apa produk yang hendak diniagakan, mungkin artikel ini boleh menjadi wadah permulaan perniagaan anda. 

Berfikir itu merupakan suatu persoalan dan tindakan adalah jawapan kepada kemusyikilan.

Dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini banyak mengubah cara hidup manusia. Begitu juga cara  menambahkan pendapatan yang kini lebih mudah dan murah. Perniagaan kini tidak lagi bergantung kepada cara traditional “bricks and mortar” dan memerlukan kedai dan pejabat. Ramai di kalangan orang muda yang telah mencapai tahap ratus ribuan ringgit hanya dengan sebual komputer riba dari bilik tidur mereka. Kini pelbagai perkhidmatan dapat dilakukan melalui internet dan ramai anak muda kita dapat mencipta perniagaan yang besar tanpa memiliki pejabat yang besar. Media sosial menjadi perantaraan untuk memasarkan perkhidmatan dan barangan.

 

Seorang Guru Tadika dari Georgia, Deanna Jump mendapat pendapatan sebanyak USD$700,000.00 hanya dengan menjual Lesson Plan melalui Teachers pay Teachers yang diasaskan oleh Paul Edelman.

 

Disamping itu Dr. Rajesh Shah seorang pengamal perubatan tradisional telah menasihatkan pesakit beliau melalui internet dan menjana pendapatan yang besar.

 

Contoh di atas merupakan sebahagian daripada kejayaan mereka yang telah menggunakan perniagaan hanya di talian dan menjana pendapatan yang agak besar termasuklah seorang jutawan termuda Britain,Nick D’Aloiso berumur 17 tahun mencipta applikasi Summly yang bernilai £19 juta Pound Sterling bermula hanya di bilik tidurnya dua tahun sebelum yahoo membelinya.

 

Keunikkan dan kreativiti anda mungkin akan dapat menjadi pencetus pendapatan yang besar pada masa akan datang. Sekiranya anda tiada perkhidmatan dan barangan,  affiliate marketing mungkin sebagai wadsah permulaannya.  Affiliate Marketing adalah anda menjadi agen kepada barangan dan perkhidmatan orang lain terutamanya yang berbentuk digital seperti muzik CDNOW atau ebook. Perniagaan ini tidak memerlukan modal.  Gambar dibawah ini adalah satu peluang. Adakah anda nampak? Atau anda tengok tapi masih tak nampak. Teruskan penerokaan anda.

Peluang ada dimana-mana

Seorang usahawan harus pandai mencari peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka. Peluang perniagaan itu wujud disebabkan masalah orang lain.Usahwan yang bijak akan menyedia perkhidmatan dan produk untuk menyelesaikan masalah orang lain. orang ramai atau orang yang bermasalah mungkin tidak nampak jalan penyelesian tetapi usahawan yang bijak akan dapat menghidu peluang itu untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.

Setiap masalah ada penyelesiannya dan jika orang itu sendiri tidak dapat mengatasinya, maka mereka memerlukan orang lain seperti Juru perunding untuk membantu mereka.

Usahawan bijak ‘start with a thin air’.

Bakal Usahawan Celik Peluang

Sebagai seorang yang ingin menjadi usahawan, anda harus peka dan celik kepada peluang yang ada disekeliling anda. Seorang Usahawan bukan sahaja tengok tetapi terus melihat dan nampak peluang yang ada. Mereka seterusnya bertindak dengan pantas untuk menggunakan peluang yang diberikan bagi menjadikan peluang itu sebagai perniagaan.

 

Ramai orang hanya tengok tetapi tidak nampak peluang yang ternganga didepan mata mereka. Usahawan menjadikan masalah sebagai peluang perniagaan. Perniagaan wujud kerana adalahnya masalah yang perlu diselesaikan untuk membantu orang lain. Misalnya perniagaan beras wujud disebabkan manusia perlu beras untuk makan. Kapal terbang diwujudkan sebab orang ramai perlu bergerak dengan pantas dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

Hospital swasta diwujudkan untuk mengatasi masalah pesakit yang memerlukan perkhidmatan yang lebih pantas dan mempunyai kepakaran tertentu.

sekiranya anda ingin menjadi usahawan, anda harus belajar untuk mengenali peluang dan bertindak dengan cepat kerana Fast Action, Fast Result. 

Articles

By EDWIN E GARA

“Mengurangkan Hutang dengan Penambahan Pendapatan Baru Tanpa Modal”

Salam Sejahtera kepada mereka yang tengah berfikir macam mana hendak menambahkan pendapatan dengan tidak perlu berhenti kerja atau anda mungkin bakal usahawan dan anda masih mencari idea dan apa produk yang hendak diniagakan untuk mendapatkan pendapatan lebih, mungkin artikel ini boleh menjadi wadah permulaan perniagaan kecil anda. Jangan tunggu anda menjadi sempurna untuk memulakan sesuatu tetapi mulakan sesuatu tindakan sehinggalah kamu sempurna.

Berfikir itu merupakan suatu persoalan dan tindakan adalah jawapan kepada kemusyikilan.

Dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini banyak mengubah cara hidup manusia. Begitu juga cara  menambahkan pendapatan yang kini lebih mudah dan murah. Perniagaan kini tidak lagi bergantung kepada cara traditional “bricks and mortar” dan memerlukan kedai dan pejabat. Ramai di kalangan orang muda yang telah mencapai tahap ratus ribuan ringgit hanya dengan sebual komputer riba dari bilik tidur mereka. Kini pelbagai perkhidmatan dapat dilakukan melalui internet dan ramai anak muda kita dapat mencipta perniagaan yang besar tanpa memiliki pejabat yang besar. Media sosial menjadi perantaraan untuk memasarkan perkhidmatan dan barangan.

Seorang Guru Tadika dari Georgia, Deanna Jump mendapat pendapatan sebanyak USD$700,000.00 hanya dengan menjual Lesson Plan melalui Teachers pay Teachers yang diasaskan oleh Paul Edelman.

Disamping itu Dr. Rajesh Shah seorang pengamal perubatan tradisional telah menasihatkan pesakit beliau melalui internet dan menjana pendapatan yang besar.

Contoh di atas merupakan sebahagian daripada kejayaan mereka yang telah menggunakan perniagaan hanya di talian dan menjana pendapatan yang agak besar termasuklah seorang jutawan termuda Britain,Nick D’Aloiso berumur 17 tahun mencipta applikasi Summly yang bernilai £19 juta Pound Sterling bermula hanya di bilik tidurnya dua tahun sebelum yahoo membelinya.

Keunikkan dan kreativiti anda mungkin akan dapat menjadi pencetus pendapatan yang besar pada masa akan datang. Sekiranya anda tiada perkhidmatan dan barangan,  affiliate marketing mungkin sebagai wadsah permulaannya.  Affiliate Marketing adalah anda menjadi agen kepada barangan dan perkhidmatan orang lain terutamanya yang berbentuk digital seperti muzik CDNOW atau ebook. Perniagaan ini tidak memerlukan modal

Kaedah “Pay Off Ratio” @ Nisbah Bayaran Balik Pinjaman

Bagi mencari jalan penyelesaian hutang atau pinjaman anda, pelbagai strategi boleh digunakan sebagai cara penyelesaian yang terbaik dan menguntungkan kita. Anda perlu meneliti perjanjian pinjaman anda dengan pihak pemberi pinjaman bagi mengetahui sama ada klausa-klausa yang  boleh menyekat pembayaran awal.

Beberapa  perkara penting harus dilakukan sebelum membuat keputusan seperti kadar faedah, klausa perjanjian, penalti pembayaran awal, jangka masa pinjaman, yuran guaman dan cai-caj lain.

Strategi mengetahui bahawa pinjaman yang mana menjadi keutamaan untuk diselesaikan dahulu, anda perlu mengetahui nisbah bayaran balik atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai “pay off ratio”.

Langkah 1:

Pay off ratio merupakan kadar perbandingan di antara jumlah baki pinjaman dengan jumlah bayaran bulan pinjaman tersebut.         

Formula:   

Jumlah baki Pinjaman  (Loan outstanding)/Jumlah Bayaran Bulanan (Monthly Instalment)

 Contohnya kita ambil baki pinjaman Perumahan 1 berjumlah RM90,758.00 dan bayaran bulan sebanyak RM719.00.  Pengiraanya mengikut formula ini adalah RM 90,758.00/RM719.00126.22 bulan iaitu “pay off ratio”.

Ini bermakna bahawa anda memerlukan 126 bulan pembayaran atau lebih kurang 10 tahun lagi untuk menyelesaikan hutang anda.

Seterusnya ,lakukan pengiraan untuk semua pinjaman dan hutang yang tersenarai di atas untuk mendapatkan pay off ratio untuk perbandingan.

Setelah semua ‘pay off ratio’ dikiranya, kita akan melakukan langkah  seterusnya, iaitu ranking system. Ranking bertujuan untuk mendapatan keutamaan iaitu yang mana satu diselesaikan dahulu dan diberikan keutamaan. Ini adalah strategi berperingkat yang ingin kita lalukan.

Langkah Seterusnya, Pengiraan terperinci dan jadual ranking boleh didapati didalam Buku Rahsia Hutang-Kesilapan dan Penyelesaian.

Mengawal Kehendak & Keperluan

Ramai di antara kita telah melakukan perancangan bulanan dan       belanjawan tetapi berapa ramaikah kita yang mengikutinya. Merancang dan tidak mengikuti rancangan itu sama dengan tidak merancang.      Kebanyakkan belanjawan adalah semata-mata hiasan buku atau komputer riba anda. Jika perkara seperti itu berlaku, lebih baik tak perlu perancangan dan belanjawan.

Apa yang harus dilakukan adalah kita mestilah mengenalpasti  keperluan dan mengawal kehendak kita. Dalam bahasa Inggerisnya ‘Controlling your needs against your wants”. Ini bermakna kita mengawal apa yang diperlukan dan menitikberatkan keperluan asas dahulu dan mengelakkan apakah kehendak. Dengan cara ini kita boleh menangguhkan      kehendak kita sehinggalah kita benar-benar mampu untuk membelinya.

Tujuan kita melakukan kawalan keperluan dan mengelakkan kehendak adalah untuk mendapatkan wang yang lebih iaitu “Finding the extra money” yang boleh digunakan dengan cara yang lebih berfaedah seperti membayar pinjaman dan simpanan.

Duit lebih ini mungkin membolehkan anda menjadi seorang yang bebas hutang dalam jangka masa yang panjang. Bak kata pepatah Melayu ‘Berdikit-dikit menjadi bukit’. Bayangkan anda menyimpan sebanyak RM7.00 sehari dalam jangka masa 25 tahun. Cuba teka berapakah    jumlah wang terkumpul apabila kita menyimpan duit tersebut pada tiap-tiap bulan pada kadar  6% menggunakan ‘Compounded interest”.  Berapakah jumlahnya selepas 25 tahun? Anda mungkin terperanjat dan tak percaya bahawa jumlah faedah dan pokok pelaburan tersebut mencecah RM146,617.90.  Sekali lagi anda mungkin menyesal kerana tidak melakukannya 25 tahun yang lepas. Adakah anda tahu bahawa seorang Jutawan terkenal Amerika Syarikat dan dunia Warren Buffet pernah menyesal kerana mula melabur pada usia 11 tahun? Kalau     beliau menyesal kerana tidak melaburkan wang beliau pada lebih muda dari 11 tahun, apakah kita tidak menyesal tidak melakukan apa-apa   beberapa tahun lepas. Jawapannya ada pada setiap kita sendiri dan bukan orang lain. Kata kuncinya adalah “don’t follow the crowd”.

Hey!

I am edwin, the blogger

With 27 years of business and corporate experience including digital marketing and customer experience expertise, I helped build and grow companies, trained more than 3,000 people. In the constantly changing field of digital marketing, it is my mission to provide individuals and small businesses with the skills to master the critical tactics and strategies that will drive their business growth.